1001 rahsia di sebalik Al Quran

actually ni mak cik ambik dari blog lama mak cik..nak export ke blog ni tak menjadi sebab mak cik dah delete blog tu dulu, pastu hari tu makcik godek-godek favorites..pastu mak cik tekan feeds..jumpa balik segala isi perut blog lama tu..tapi cuba nak export tak jadik..ade sesape pandai buat tak?? bagi tuto sket kat mak cik :)...
..opsss..dh lari tajuk..

1001 rahsia di sebalik Al Quran

AL-FATIHAH


Baca 14 kali sebelum tidur - Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian - Melepaskan rasa sakit dalaman
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH

Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut: Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).


AWET MUDA (dalaman dan luaran)

Zikir Baca Ya Badiyah -1 kali, Ya Nur - 1 kali, Ya Hadi - 1 kali, Ya Allah – 3 kali. Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari. Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman
 
 
 
selamat beramalll
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Keluarga

Duk ngadap tv tak p manaaa dahhh !

KALO RASE GUMBIRA SEBUT HOREY...HOREY...