BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (Bismillahirrahmanirrahim)


 Alhamdulillah dah hari ke 2 di penang.. plan asal sepatutnya Cikleez nak checkout dah hari ni, sebab asalnya memang booked hotel satu malam je.. pastu sebab semalam hujan, x dapat nak pegi mana², jadi kami decide duk la lagi satu malam, sebab nak bawak anak2 naik Bukit Bendera.. 

Turun pon dah pukul 12 tengah hari, sebab nya pagi tadi lepas breakfast kami lepak² dulu kat cafe sambil menikmati view yang superb cantik kat Hotel Malaysia tu.. nanti Cikleez crite kat review hotel yek.. tungguuu...


tengah tunggu mama settlekan booked Hotel  lagi satu malam..

lambat plak Agoda ni hantar email conformation..kita selfie la dlu kikikiki 

my ting tong Family... 💖
 ok.. selesai bab hotel, kami pon ready nak bergerak ke Bukit Bendera. Nak ke Bukit Bendera tu rasa tak jauh mana ponnn.. tapi kami guna GRAB CAR, sebab Papa John malas nak drive. Tambang dari hotel ke Bukit Bendera RM12 je.. berbaloi dari bawak kereta sendiri. Kalau bawak kreta sendiri, mau nak cari parking lagi.. bayar parking pulak.. hadap jalan sibuk pulak.. serius naik grab sangat recomended thauuuuuu.. Masa pegi KL bulan 12 hari tu pon kami naik grab je nak kemana² .ceritaKL dah basi.
mek chewi mama dah besar .. 

tudhiiiaaaaaaaaaa
Sampai dalam pukul 1 .. ya ampunnnnnnn punya la ramai orang beratur nak beli tiket mak oiiiii.. Nak tak nak beratuq la jugak, rasa macam nak pitam , sejam setengah kot beratur. So kalau boleh elakkan lah pegi time cuti sekolah.. huhuh

awal beratur..steady jaaaa, sejam lebih kott...  👽

👀
barisan tu berlipat lipat lipatttttttt


eh eh ..sempat depa selfie .. oii mama hanggg nak pitam duk beratuq😫


bff Cikleez zaman poli.. satu kampung di Terengganu..
Jumpa pulak member Cikleez zaman Poli Dungun dulu.. bff giler la ni, geng skuter zaman² kebangkitan dulu.. konvoi skuter mana kami x join, hahahha .. jumpa kat Penang kita.. masing² dah heret anak.. sekejap nyaa masa berlalu...


 Selepas struggle beratur beli tiket.. beratur plak nak naik tren sejam oiiitt... masyaAllah... kalau tak sabit anak² teruja nak naik, mama tobat dah pusing balik dah.. Muka masing² ada senyum, sebab dapat duduk .. Train nak naik dalam 10 minit camtu je rasanya kot.. menunggu nak naik tu seksa..


mek koya

my kacaks



keranamu anak2... mama buat apa sajaaa yang termampu

💓
amboi budak depan tuuuuuu
 Kat atas bukit tu macam2 tarikan ada..lukis inai, lukis gambar kat muka.. haa hat ni anak² buat bebai.. kak farah dan hana dan lukis butterfly kat muka.. mama mula nak naik minyak.. Lukis rm20 paling murah.. satgi turun bukit nuh tak ke malu orang tgk awat muka budak ni terconteng2 ni.. pastu balik bilik nak mandi dalam..hilang camtu ja.. tak yah tak yah.. baik beli eskrim dari lukis muka..dasar mama kedekut😝. Mostly memang jenis yang budak2 suka ada kat atas nuh, jadi bagi yang anak tengah membesar, bawak la duit lebih sikit naa.. hahha

No relationship is ever perfect & I know I’m far from perfect…”


pemandangan Pulau Pinang
 Kat atas sana, Cikleez ambik buggy car, sewa rm30 untuk satu buggy... driver diorang bawak pusing  dalam 4km jer, tapi driver akan brenti kat pondok ni untuk pelancong ambik gambar, siap pakej dia yang tolong ambik kan hahah.. pastu driver tu tunjuk la rumah² lama sekitar bukit bendera tu.



gigih hana nak buat Love hahahha




ni ala-ala kat Korea gituew...

beli padlock pastu tulis la nama korang dan pasangan korang, pastu kunci la kat situ sampai berkaratttttt hahahha


ewahhh..suweet dop? 😂


pengaruh drama korea..



Food court  
Gambar aiskrim mix fruit viral x snao, sebab handphone Cikleez bateri dah low, kot nanti nak booking grab tak boleh, so Cikleez off kan handphone, maka x de la gambar2 selepas itu.. huhuhuhu

Kami turun pon dah pukul 6 lebih, tu pon dalam 30 minit jugak beratur nak naik train nk turun..


jom balik berendam dalam bathtub 😁

Turun dari bukit, naik grab..sampai hotel dala pukul 7 camtu, malam tu kami terjah Nasi Kandar Line Clear.. 


p/s : atas Bukit Bendera ada masjis tau, so, jangan risau nak solat kat atas tu.. 



Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Keluarga

Duk ngadap tv tak p manaaa dahhh !

KALO RASE GUMBIRA SEBUT HOREY...HOREY...