PERTANDINGAN NASYID KAFA 2019





CATATAN UNTUK KENANGAN KAKAK FARAH

Alhamdulillah... Allah bagi suara yang boleh Farah manafaatkan untuk menjadi wakil sekolah dalam pertandingan Nasyid .. memang selalu pon kat rumah dia suka sangat menyanyi, ikut sangat la papa tu suka menyanyi.👀👀👀. tapi suara papa tu takat karaoke jamban je lah😂.. Mama bangga Farah mampu jugak menyumbang suara untuk sekolah. Walaupun setakat Nasyid budak2 sekolah rendah, sekurang2 nya mama boleh tengok Farah confident untuk berdepan dengan orang...

27 April 2019
Hari ulangtahun perkahwinan mama dan papa... dan hadiah sempena annicersary mama, Farah berjaya bawak balik Piala Juara mewakili sekolah bagi Peringkat Kawasan Jitra...
Kemenangan ni skaligus membawa nama SKSAT untuk mewakili Kawasan Jitra untuk berentap melawan kawasan2 lain dalam Daerah Kubang Pasu.

Peringkat PERTAMA
nak dengar kakak Farah Nasyid tekan sini





tekong
 ------------------------------------------------------------------------

Tak berakhir lagi di sini... Peringkat Kawasan Jitra pon Alhamdulillah SKSAT masih lagi ada rezeki untuk menjulang Piala Juara, sekaligus Farah berjaya untuk menjadi wakil Daerah Kubang Pasu  untuk berentap melawan daerah2 lain dalam zon 1 Negeri Kedah

Peringkat KEDUA
 video kat sini 


Tekong Lagu Arab

adik laparrr

muka mama bangga



------------------------------------------------------------------------

Tapi team Farah tumpas pada Peringat KETIGA...
takde rezeki nak mewakili Zon 1 ke peringkat Negeri Kedah...
Mama tau Farah dah buat yang terbaik, tak ade rezeki untuk dapat Juara tapi rezeki dapat tempat ke KETIGA dari 6 daerah2 dalam Kedah.. Memang bagi mama satu pencapaian yang mama sangat2 banggakan...Alhamdulilah...

boleh dengar kat sini

kalau kaji2 memang ada kesilapan untuk kali ke 3 ni,dengar suara tak sama, keluar masuk keluar masuk, ustazah kata faktor mix, sebab kali ke tiga ni sound system depa buat macam ala2 nak buat konsert tu, duk adjust mix naik turun naik turun, jadi suara jadi  tak sekata , tak apa lah, anggaplah memang rezeki sampai situ, Lagipun yang dapat Juara memang tak dapat dipertikai sedap group depa...Apa yang penting mama sangat puas hati dengan suara Farah...

no 3 harus la bangga x mau sedih2 hahah

hahahahahah sedih

KETIGA  pon mama bangga

penyokong setia

team Nasyid KAFA SKSAT , Terima kasih ustazah yang memberi tunjuk ajar,
Ustazah Hamidah dan Ustazah Khadijah💓



Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Keluarga

Duk ngadap tv tak p manaaa dahhh !

KALO RASE GUMBIRA SEBUT HOREY...HOREY...