rasenye awak tersilap paham


makcik bukan nak burukkan sape2...tapi kalau ader yang terbaca, makcik harap awak paham...makcik bukan nak musuh atau nak bersangka buruk terhadap awak..Tapi makcik rase macam awak sudah tersilap paham atau mungkin orang yang menyampaikan itu tersilap paham juga..memandangkan awak pun meluahkan melalui blog, maka harus lah makcik pon meluahkan perkara ini melalui blog, agar sekiranya awak terbaca post ini, dapat mengurangkan ketidak salah paham tersebut...

dan makcik rase ape yang awak maksudkan di blog awak itu adalah family makcik, memandangkan awak kata itu lah kali pertama awak bercinta dan tak lain tak bukan makcik rase insan tersebut adik makcik..adik-adik soulmate makcik sama macam adik-adik makcik...

Ayah makcik (ayah mertua) tidaklah seperti yang dikatakan oleh awak..sebab sepanjang makcik jadi menantu , dia tak pernah burukkan orang lain...Sama juga seperti mak (mak mertua), memang sesekali tidak pernah nak memburukkan sesiapa..sebaliknya kalau awak mengenali dengan lebih dekat, awak akan rase bersyukur mempunyai ibu dan bapa mertua sebaik itu...Cuma kadang-kadang perangai orang tua yang selalu melarang anak-anak akan buat anak rimas, tapi hakikat mereka melarang kita untuk kebaikan dan boleh dianggap sebagai nasihat...Keluarga kami tidak pernah berkata seperti yang awak katakan dalam blog awak, sebaliknya keluarga kami yang merasa segan dengan pangkat keturunan awak yang mengalir darah keturunan raja-raja..sedangkan kami hanya orang biasa yang hidup di kampung...kami cuma takut awak tidak dapat biasakan diri dengan kehidupan kami..

Sebab musabab awak berpisah dengan si dia tu kami tak masuk campur, sesekali kami sekadar memberi nasihat supaya teguhkan ekonomi dan jangan memikirkan soal cinta...dan alhamdulillah berkat doa mak ayah insyaAllah kalau ada rezeki si dia tersebut mungkin akan bekerjaya sedikit waktu lagi...Seandainya ada jodoh kalian berdua, adalah ...Tapi seandainya tiada jodoh,, jangan la di katakan kami tidak menerima awak kerana sebab yang awak nyatakan dalam blog awak...makcik rase orang yang menyampaikan informasi kepada awak mungkin tersilap dengar atau mungkin telah di tokok tambah atau apa-apa saja, sebab setahu makcik ayah dan mak tak pernah bersangka buruk terhadap seseorang....

sekian...

harap awak dapat paham , lepas ni jangan pulak awak tak mau bertegur sapa ngan makcik ek..makcik cuma nak betulkan persepsi awak terhadap mak ayah dan adik makcik...

*adik makcik masih sygkan awak..

Comments

Popular posts from this blog

Perancangan Keluarga

Duk ngadap tv tak p manaaa dahhh !

KALO RASE GUMBIRA SEBUT HOREY...HOREY...